Tajuk: Misteri Di Sebalik Lukisan
Penulis: Zaifuzaman Ahmad
No. Pengkelasan: MF
Sinopsis:
Pelawaan Khatijah ke Port Dickson telah menggemparkan tiga sahabat baik, Azmi, Adrian dan Lim. Khatijah memberitahu Azmi bahawa datuknya ternampak hantu di lautan. Masing-masing begitu teruja untuk menyiasat apakah sebenarnya yang berlaku. Pelbagai cabaran mereka tempuh untuk menyelesaikan Misteri Di Sebalik Lukisan yang mempunyai petunjuk kepada harta pusaka milik moyang keluarga Khatijah. Nazri dan Adrian turut dijadikan tebusan bagi penjahat mendapatkan petunjuk kepada tempat persembunyian harta pusaka tersebut. Namun, segala-galanya tidak menjadi seperti yang telah dirancangkan.
Mampukah mereka mengharungi rinta-ngan yang mendatang? Berjayakah mereka menyelesaikan Misteri Di Sebalik Lukisan? Benarkah adanya harta pusaka ditanam seperti yang diberi dalam petunjuk?
没有评论:
发表评论
请留下您的意见 =)