Penulis: Shaibah Abas
No. Pengkelasan: MF
Sinopsis:
Ayuni masih berusaha menyesuaikan diri dengan keluarganya selepas sekian lama terpisah. Manakala keakraban Syahidah dan Amirul menimbulkan persoalan. Pelbagai konflik turut dihadapi oleh Haikal apabila bapa yang pernah membuangnya kembali menuntutkasih yang hilang. Syifa' pula cuba belajar menerima hakikat yang Puan Rafidah itu ibu tirinya.
Kehadiran Puan Harlina sedikit sebanyak mengubati kesedihanEncik Rafiq dan anak-anaknya. Namun dia tahu walau seribu tahun berlalu, dia tidak akan dapat menggantikan kedudukan Puan Zakiah di hati mereka. Nasir, sahabat karib Amirul yang hidup sebatang kara pula ragu-ragu melafazkan impian yang sekian lama dipendam.
Mereka kini berada dalam sebuah fasa kehidupan. Menghadapi cabaran dunia sebenar selepas keluar dari kepompong selamat dan juga berhadapan dengan pelbagai konflik yang mendewasakan diri. Dapatkah mereka melaluinya? ikutilah pengembaraan seterusnya selepas Pelangi Kasih.
没有评论:
发表评论
请留下您的意见 =)