期刊名:Dewan Budaya
分类号:PM390
出版社:Koperasi DBP (M) Berhad
国家:马来西亚
语言:马来文
刊期:月刊
语言:马来文
刊期:月刊
期刊简介:
Januari 1979 membuka tirai persembahan wadah pemikiran budaya bangsa, Dewan Budaya. Keluaran sulung Dewan Budaya menjadi titik bermula forum yang mengupas pelbagai aspek seni budaya masyarakat. Kelahiran Dewan Budaya menyahut impian budayawan tanah air dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1958 di Melaka untuk menyemarakkan semangat cinta akan budaya. Kecintaan terhadap budaya memandu kita untuk terus mencungkil warisan kehidupan dengan persepsi yang kritis, meningkatkan ilmu pengetahuan yang semakin berkembang, dan membentuk keperibadian yang tinggi bagi menjamin kesentosaan hidup dalam dunia yang penuh cabaran.
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang berlatar belakang senario sosiopolitik tanah air dengan gagasan satu bahasa, Bahasa Kebangsaan, memperluas usaha pengembangan bahasa dalam ruang lingkup kebudayaan yang lebih positif dan dinamik. Dewan Budaya merupakan wahana penting yang menjadi gelanggang budayawan, seniman dan orang ramai mengungkap perspektif masing-masing tentang pelbagai isu kebudayaan ke arah penjanaan minda dan pembangunan kebudayaan yang sihat. Keprihatinan dan kepekaan individu dalam hal ini memancarkan naluri cintanya terhadap budaya. Perkara ini mengukuhkan landasan pembangunan tamadun bangsa yang bertunjangkan ilmu.
Pelancaran majalah Dewan Budaya merupakan suatu peristiwa yang mencatatkan sejarah dalam dunia penerbitan ilmu. Dalam majalah ini pelbagai pandangan daripada pelbagai dimensi diperturunkan untuk memperlihatkan kerasionalan pewujudan kebudayaan kebangsaan. Cita-cita murni untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum menjadi agenda yang penting. Dewan Budaya juga tidak ketinggalan memberi input kepada perkembangan ilmu dalam era globalisasi dan kecanggihan teknologi. Walau bagaimanapun, seiring dengan kemajuan dan kemodenan itu, nilai dan citra keperibadian diutamakan supaya kita bergerak atas landasan yang betul demi pembangunan bangsa yang berbudaya tinggi.

没有评论:
发表评论
请留下您的意见 =)