Inilah denai jejak seni ke hati,
puncak fikir yang indah sekali,
tanpa himpunan ilmu di kalbu buku
kita tak sempat sampai ke mercu itu.
Di sini diri sentiasa di taman
menikmati unggas dan puspa menawan;
di sinilah vista buku saraf seni,
meranum akal mematang peribadi.
Kita wajar berpesta di kalbu buku
menghayati nikmatnya seindah syahdu
dalam tenang waktu khusyuk di pustaka
lebih cepat kita terasuh dewasa.
Buku adalah denyut nadi utama
penting bagi minda waras manusia;
dan buku juga gema fakir yang sakti,
nyaman dan mesranya sebuah simfoni.
Kita memupuk insan yang luhur budi
melalui tapisan hikmat berseni;
dan buku memang tasik aneka ilmu
yang perlu diselami sejujur kalbu.
Buku mengasuh diri sasa bersuara;
membaca menjadi jambatan bertuah
kita merindu buku dan ghairah baca
agar sentiasa canggih dan berhemah.
A Samad Said, 7 Mac 2004
Komik Biografi who? Mencetus inspirasi dan menyemai impian kanak-kanak!
Apakah perkara yang paling penting bagi seorang remaja? Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai pengalaman saya bertemu dengan ramai tokoh antarabangsa. Sekiranya anda seorang remaja, saya ingin nasihatkan agar anda seharusnya menanam cita-cita yang tinggi dan mencari peluang bercakap dengan mereka yang telah pun Berjaya mencapai cita-cita dan impian yang sama seperti anda. Tatkala anda bertemu dengan mereka yang anda ingin contohi, dengarkanlah cerita mereka dan rancanglah kehidupan yang anda inginkan.
TITLE: ARKITEK KAMPUNG SEBERANGAUTHOR:NURIAZAM ISMAILCLASSIFICATION: MF
Mat, Dol dan Din penduduk Kampung Seberang yang masih belajar. Melepak adalah kegemaran mereka. Tidak, bukan di pusat mebeli-belah. Bukankah mereka budak kampung? Bagi memastikan aktiviti melepak mereka berjalan lancar tanpa gangguan, mereka membina rumah di atas pokok. Idea itu datang daripada Mat. Manakala Dol yang berpengalaman membina tandas bercat merah jambu adalah arkitek utamanya.
TITLE: CIK KUMIS
AUTHOR:Mama Bella
CLASSIFICATION: MF
Suri Rania seperti gadis-gadis muda lain. Dia bijak, ceria, bersopan santun, pandai memasak, dan pelbagai lagi kebaikan yang melayakkan dia menjadi ikon gadis Melayu terakhir. Namun, dia sukar mendapatkan pekerjaan idamannya sebagai seorang setiausaha kerana dia... (sila teka).
TITLE: MISI 8A
AUTHOR: Nazry Salam
CLASSIFICATION: MF
Barang-barang kesayangan Aizad dirampas ibunya. Bagi mendapatkan semula, Aizad perlu cemerlang dalam peperiksaan. Sejak itu, Aizad memaksa diri untuk belajar, tetapi keputusannya bertambah teruk.
TITLE: TIP BELAJAR SEDIKIT DAPAT BANYAK
AUTHOR:Mohd Razali Kamarudin
CLASSIFICATION: M371
Buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak menjawab dilema pelajar yang sentiasa dihambat waktu saban hari.Tempoh masa 24 jam sehari dirasakan terlalu singkat dan tidak cukup bagi mengulang kaji pelajaran dalam tempoh yang lama.
TITLE: SUPERGIRL & SUPERBOY
AUTHOR:Khairun Nisa
CLASSIFICATION: MF
Menjadi murid di kelas yang popular memang menyeronokkan! Apatah lagi di SMK Seri Deima. Ya, kelas yang selalu menjadi topik perbincangan di sekolah bermula dari guru hingga murid-miridnya. Semuanya kerana pelajarnya yang sangat nakal. Bercampur antara genius,aktif, pelik, dan penampilan yang berbeza membuatkan kelas ini begitu popular.
TITLE: GIRLS
AUTHOR:Afrina Arifin
CLASSIFICATION: MF
Hari ini adalah hari pertama Qistina masuk ke sekolah barunya. Kedatangannya telah menggugat kedudukan pelajar lain terutama pelajar-pelajar perempuan. Ada yang cakap Qistina berlagak, perasan cantik, gedik dan macam-macam lagi. Di sekolah barunya dia telah mendapat kawan-kawan baru yang mengajak dia menyertai kumpulan Girls.Siapakah ahli lain kumpulan itu? Apakah niat mereka sebenarnya? Adakah mereka boleh jadi
kawan baik? Apa tunggu lagi, ikuti kisah mereka hingga selesai!
TITLE: PERWIRA CYBERCRIME
AUTHOR:Nurul Izzati
CLASSIFICATION: MF
Di Cyberfirst International School, Sofia dan Sara merupakan pelajar pemprogramman komputer dan menggunakan ilmu yang ada untuk kebaikan. Perkenalan mereka dengan Jessie, membawa banyak masalah dan musibah. Telefon bimbit Sofia rosak kerana disabotaj dan Sara pula dimalukan di sekolah, melalui pendedahan rahsianya di papan kenyataan sekolah.
Apakah yang berlaku seterusnya? Dapatkah Cybercrime Fighter menyatukan mereka? Berjayakah mereka dalam memerangi jenayah siber?
TITLE: RAHSIA KOTAK SAFE DEPOSIT
AUTHOR:Nor Suryani
CLASSIFICATION: MF
Ada rahsia kecil, rahsia biasa dan rahsia besar. Kadang-kadang, kita kena pandai bezakan yang mana rahsia besar biasa, rahsia superbesar atau ultrabesar. Supaya nanti kita tahu macam mana nak menjaganya dan tak terlepas cakap depan orang lain. Biar pecah di perut,jangan pecah di mulut! Kalau anda mencari orang untuk menjaga rahsia, akulah orangnya. Anda akan menemui bank rahsia yang paling tepat.
TITLE: TEMAN KARIB
AUTHOR:Siti Khatijah
CLASSIFICATION:MF
“ Aliah!” Aliah keluar dari pintu kelasnya, lalu berlari sepanjang koridor sekolah yang ramai itu sambil menyandang kamera poketnya. Buk! Dia terlanggar seorang gadis. “Aww!” keluh mereka berdua kesakitan. “maaf!”Ingin tahu apa yang berlaku? Siapa Fiya? Siapa Lia? Siapa Saif dan Jameel? Mereka ke mana? Anda ingin tahu kesudahan cerita ini? Jom dapatkan buku Teman Karib dan lalui kisah suka duka mereka berlima.
TITLE: WHO MOVED MY CHEESE
AUTHOR: DR. SPENCER JOHNSON
CLASSIFICATION: M155
Kisah yang ditulis untuk semua peringkat umur ini dapat dibaca dalam masa kurang daripada satu jam. Namun, keunikan wawasan yang terdapat pada kisah ini kekal sepanjang hayat.Who Moved My Cheese? adalah sebuah perumpamaan ringkas yang mendedahkan hakikat kehidupan. Kisah yang lucu dan mencerahkan ini adalah tentang empat watak yang tinggal di sebuah kawasan berliku, yang sibuk mencari keju bagi menggembirakan hati sendiri.
TITLE: PENGEMBARAAN FANTASTIK
AUTHOR:Nazirah MN
CLASSIFICATION: MF
Hidup di zaman perang memang sukar dan tidak mengembirakan sama sekali. Tentera berjaga di mana-mana. Suasana selalu tegang dan bunyi dentuman peluru kedengaran di serata tempat. Begitulah keadaan dikampung sejati sewaktu sebelum merdeka. Pengembaraan Fantastik mengisahkan tentang Nur Hanani yang hidup di zaman sebelum merdeka melalui hari-harinya dengan penuh kegembiraan, kesedihan,jalinan persahabatan, pengembaraan dan pelbagai lagi pengalaman yang menyeronokkakn serta mendebarkan.
TITLE: MUM RATU HATIKU
AUTHOR:Nor Azean
CLASSIFICATION: MF
Papa Suhaili bekerja di luar negeri,tidak tahu bila papanya akan pulang. Mamanya pula selalu sibuk dengan perkerjaan di pejabat sehingga selalu melupakan Suhaili. Itulah keadaan yang terpaksa dilalui Suhaili. Mujurlah ada mak cik Gayah dan Faizah kawan sekolahnya yang selalu menemani Suhaili apabila kesunyian.
TITLE: FAREWELL BYEBYE TEMANKU
AUTHOR: Nor Safarina
CLASSIFICATION:MF
Namaku Siti Jamaliah binti Ibrahim. Aku tinggal di perumahn Taman Ria. Aku bersekolah di Friend Junior High School. Suatu hari, mamaku menerima berita bahawa nenek jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Doktor Jasmin telah menyarankan kepada mamaku untuk menjaga pola pemakanan nenek agar lebih teratur. Kami sekeluarga harus berpindah ke kampung untuk menjaga nenek. Itu bererti, aku harus berpisah dengan sahabat-sabahatku.
TITLE: DIARI MAT DESPATCH NALURI AYAH
AUTHOR:Bahruddin Bekri
CLASSIFICATION:MF
Ayah tidak pernah mengajar aku cara bercinta.Namun, ayah mengajar aku erti cinta.Semuanya bermula apabila ayah aku yang bermulut sinis, kagum kepada orang kerja pejabat, dan mudah percaya kepada orang lain, datang melawat aku di rumah sewa.Hidup aku yang tenang menjadi 'huru-hara'.Huru-hara yang bagaimana? Aku sudah tulis semuanya dalam diari ini.
TITLE: Cinderellah vs Rapunzellah
AUTHOR:Ain Maisarah dan Izanor Sharif
CLASSIFICATION:MF
Fizz Fazlullah terperangkap di alam dongeng semasa dia berada dalam keadaan koma. Dia diperintahkan oleh Konsortium Pari-pari supaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Cinderellah. Adiknya, Tizz Tiranah juga termasuk ke dalam alam dongeng selepas menemui sebuah perpustakaan lama di dalam sekolah Sri Bangsar yang dipercayai pintu masuk ke alam dongeng.
TITLE: CABARAN MY GAME BOLA KERANJANG
AUTHOR: Khairul Azhar
CLASSIFICATION: MF
Safina sangat gembira ketika gurunya memberitahu bahawa adan ada pasukan bola keranjang di sekolahnya. Dia mula menyukai sukan bola keranjang kerana telah melihat pertandingan bola keranjang di televisyen beberapa kali. Meskipun begitu, safina tidak pernah sama sekali menyentuh bola keranjang atau bermain di gelanggang.
TITLE: 24 JAM DI SEKOLAH
AUTHOR:Nur Atikah
CLASSIFICATION: MF
Iffah, Nazirah, Syafiqah, Zulaikha dan Huda, lima sekawan dari Mutiara High School. Mereka berlima kecuali Huda meupakan pelajar yang nakal dan sering melakukan masalah di sekolah. Telah ramai pelajar yang telah menjadi mangsanya.
没有评论:
发表评论
请留下您的意见 =)